Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

HAI KORANG, tiba-tiba rasa nak #throwback cite percutian ke Langkawi pada tahun 2019 bersama family aku dan juga arwah Emak. Lagipun now ramai sedang bercuti ke sana kan. Yaa itulah percutian terakhir ke Langkawi Bersama arwah Emak, selepas dari tu, negara terus di landa wabak Covid19 dan seterusnya berPKP sampai laa ni.. 

Tapi alhamdulilah laaa, dapat juga bawa arwah Emak pi bercuti dan boleh di katakan percutian ke Langkawi tu hampir semua family aku pergi kecuali anak bujang aku je, sebab tak dapat pelepasan dari Politeknik Mersing untuk bercuti. 

Kitaorang naik flight dari Senai, direct terus ke Pulau Langkawi. Sampai sana sewa kereta dan terus check-in di Riverra-In Hotel Langkawi

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Urusan kereta sewa dan juga penginapan hotel, semua dah di uruskan oleh adik aku. So memang sampai Langkawi, semuanya dipermudahkan. Lepas aja dah siap check-in dan berehat sekejap, terus kitaorang cari makan sekitar situ yang dekat dan rata-rata orang kata tempat makan best.  

Mana lagi kalau bukan Tanjung Tirai View Beach. Masa sampai tu hampir nak petang, so memang cantik giler suasana matahari terbenam dia oii.. Kitaorang makan ikan bakar dan menu nasi berlauk kat situ. Harga not-bad, boleh tahan murah dan makanannya pun sedap. 

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Esoknya, awal-awal pagi kitaorang dah bangun bersarapan dan terus gerak untuk aktiviti seterusnya, yaitu Island Hoping. Yang ni pun adik dah sesiap booking dan buat temujanji, so memang kitaorang terus tuju aje. 

Untuk Island Hoping ni Mak aku tak ikut, sebab agak terbatas pergerakannya, so Mak aku di bawa adik aku untuk berjalan sekitar bandar Langkawi pada haritu. Ye laa sebab nak naik turun bote kan, lagipun Mak duduk kursi roda, better dia tak join dari berlaku apa-apa nanti. 

Antara pakej Island Hoping yang kitaorang pergi adalah;
• Bat Cave
• Fish Farm
• Eagle Feeding
• Mangrove Sightseeing
• Crocodile Cave
• Open Sea (Andaman Sea)
• Icon Kilim Geoforest Park
• Swimming At The Island Beach

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Lepas balik dari Island Hoping tu, ingatkan memasing penat ke, sekali semua mengajak pulak ke Wildlife Park ni. Bebudak memang suka la pergi taman haiwan macam ni, macam-macam aktiviti boleh buat dalam ni. 

Siapa suka binatang dan jika bawa anak, memang tempat ni wajib korang pergi dan masuk. Besar juga tempatnya, pusing satu tu, boleh jenuh gak semput nafas oii hahahaha.. tapi seronok.. Korang boleh juga bergambar dengan binatang yang mereka pamerkan masa tu. Nasib baik takde ular, kalau tak seribu lagkah aku lari jauh hahaha.. 

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Malamnya aku pi Pantai Cenang dengan Laki aku dan adik-adik. Saje lepak malam sambil cari makan dan tengok permainan abang-abang api tu. Dan Laki aku apalagi, amik kesempatan mengurut kaki dia. Kemain jenuh menunggu dia siap oii...Aku pun sempat singgah memborong cokelat untuk bawa balik Johor. 

Masa ni memang meriahlah, time takde corona orang kata, so memanglah tak payah SOP bagai. Sekarang rasanya tak tau laa camne gaya pi Langkawi tu yaaa.. SOP kena jaga dan rasanya tak boleh kota duduk beramai-ramai macam ni.. 

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Esoknya, sama juga, awal pagi kitaorang dah gerak ke Langkawi Skycab untuk naik cable car. Untuk kali ni, aku tak naik atas, aku menjaga Emak di bawah dan aku suruh Laki aku naik bawa dan jaga anak-anak dan juga tengokkan anak saudara aku tu semua. 

Lagipun agak leceh juga nak bawa Emak naik atas tu, kena naik asing sebab Emak pakai kursi roda, bila Emak kata dia pun taknak naik, so aku stay aje laa bawah jaga Emak. Kasilah adik-adik semua naik bersama family mereka semua. Janji mereka happy. Lagipun aku dah pernah naik dah dulu masa pergi gan family aku gak. 

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Balik aja dari naik Cable Car tu, memasing dah kelaparan, so jom la kita pekana Laksa Kuah. Di sini bukan aje ada Laksa tapi siap Cendol dan Ais Kacang juga. Memang heaven gilerr laa dapat makan tu semua oii.. 

Tak silap, aku makan Laksa Kuah tu sampai dua mangkuk hahahaha., terlalu sedap sangat yaa gamaknya. Laksa Kuah ni sama je dengan Laksa Penang, cuma dia panggil nama tu je lain. Rasa dia memang meletop dan pekat gilerr kuahnya. Tak lokek rasa ikan. 

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Lepas dah makan Laksa Kuah tu, kitaorang terus ke Daratan Helang sebelum pulang ke hotel. Ye laa kalau datang Langkawi ni, tak sah kalau tak singgah sini untuk bergambar kan. Masa ni parking agak jauh juga, kitaorang jalan slow-slow je laa untuk sampai ke Dataran tu. 

Bila sampai di Dataran Helang tu, orang pun boleh tahan ramai gak. Aku kasi laa can adik-adik bergambar semua dan aku laa jadi tukang kameramannya. Sorang demi sorang berposing hahaha.. kalau buka kaunter ni, boleh kaya aku kat Langkawi ekk hahahaha.. 

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Dan esoknya masa untuk pulang ke Johor. Memasing semua macam malas aje nak packing dan balikkan, dah seronok bercuti 3 hari 2 malam di Langkawi. Oleh sebab filght kami masanya agak tengahri masa lunch, so semua sepakat keluar awal dan singgah makan Laksa Pulau Ikan Sekoq yang dekat dengan lapangan terbang tu. 

Kalau nak di bandingkan sedap antara Laksa Kuah dan Laksa Ikan Sekoq ni, sedap lagi Laksa Ikan Sekoq ni patut laaa orang ramai datang sini MESTI nak makannya. Boleh makan dua pinggan juga kalau jenis yang suka laksa, macam aku hahahaha.. 

Percutian Terakhir Ke Langkawi Bersama Arwah Emak

Dan... inilah dia arwah Emak aku. Dia seorang Breast Cancer Fighter stage 4. Ujian yang Allah berikan kepada Emak aku, alhamdulilah Emak aku hadapinya dengan penuh redha dan tabah, walau ada ketikanya Emak aku memang tak kuat. 

Allah permudahkan, Allah beri kami peluang untuk bawa Emak bercuti ke Langkawi bersama anak, memantu dan cucunya. Dah setahun arwah Emak pergi. Kerinduan tu memang sukar untuk aku ungkapkan, hanya diam dan berdoa yang mampu aku buat. 

Al-Fatihah buat Rosnah Wong Bt Abdullah ..


Sekian ❤

2 Comments

  1. Lama juga x gi langkawi.. Mcm nk throwback jgk la hahaha..

    Al fatihah buat acik rosnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kasi throwback aje, now tengah sibuk semua orang pi Langkawikan hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.

Comment wisely, and do it with pure intentions.