Kain Lap Panda Microfibre by Panda Home

HAI KORANG, pernah ternampak, terbaca atau korang sedang guna barangan dari Panda Home tak? aku nak cerita lelebih pun tak reti sebab ini pertama kali juga kenal produk Panda Home ni. Tu pun jiran setaman yang jual. Aku cuma support je laa biz mereka kan. 

Kalau sebelum ni aku pernah guna kain Norwex, dan masih lagi guna, so far memang senang kerja membersih dapur aku, tapi kali ni aku cuba plak produk Panda Home ni yang terbaru, kain inovasi terbaru yaitu Panda Microfibre. 

Yang menariknya setiap set sekotak tu ada 4 jenis kain dengan fungsi berbeza. Dia ada Kitchen Cloth, Multi-purpose cloth, Dust cloth dan juga Glass window cloth, so setiap kain tu korang boleh guna dalam 4 fungsi berbeza, menarikkan?. 

Kain Lap Panda Microfibre by Panda Home

Antara kelebihan kain Panda Microfibre ni adalah; 

- Menghapus bakteria pada permukaan hanya dengan air sahaja. 
- Menyerap air tanpa menitis dari kain. 
- Memerangkap habuk dengan berkesan tanpa berterbangan.
- Membersih tingkap dan cermin tanpa meninggalkan watermark.
- Lembut dan cepat menyerap air, tidak mencalarkan pinggan mangkuk apabila dilap. 
- Kesan kotoran pada kain amat mudah ditanggalkan. 

Kira lebih kurang jugalah dengan kain Norwex tu kan? Cuma paling menariknya, kain lap Panda Microbire ni harganya murah berbanding kain 'kayangan' tu hehehe.. 

Harganya RM48 masa aku beli time LAUNCH promo tu, now tak silap harga terjual RM68. Dan paling bagusnya kain ni ada 6 bulan warranty. Untung aku beli time launch tu kan, harga murah. Korang kalau nak beli boleh pi ke Panda Home ni okay. 


Sekian ❤

0 Comments