Zikir Hari Jumaat

HAI KORANG, Jangan lupa yaa hari ini hari Jumaat, perbanyakkanlah berzikir ya. Lagi banyak kita baca, InshaaAllah, lebih banyak pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Zikir bererti ingat atau sebut. Dalam erti kata lain, ia bermaksud mengingati Yang Maha Esa dengan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah.

Selain daripada ibadah lain seperti bersedekah; amalan zikir adalah satu amalan yang memberikan manfaat kepada orang yang mengamalkannya. Lebih-lebih lagi pada Hari Jumaat. Mari kita fastabiqul khoiroots, berlumba dalam kebaikan. Berpikir baik, berkata baik, berbuat baik semua dari hati yang baik Lillahita'alaa..

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah! 

Selawat juga sangat digalakkan untuk diperbanyakkan pada hari Jumaat. Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, daripada Aus ibn Aus r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: 

“Hari-hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Nabi Adam A.S, padanya diwafatkan Nabi Adam A.S, padanya berlaku tiupan sangkakala dan padanya berlaku kiamat, maka kalian perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat.”

Bersama-sama mengamalkannya. 
Sebaik-baiknya, zikir ini dibacakan sebanyak 1000 kali, secara berulang-ulang.


Sekian ❤

0 Comments