Apa Itu Minyak Ikan?

HAI KORANG, selamat Hari Malaysia buat korang semua, so harini amacam? Cuti-cuti ni tak kemana ke tu? Bagus, duduk ajelah di rumah dendiam kan, keadaan sekarang ni jika tiada keperluan better duduk aje rumah. Aku pun harini tak kemana, Laki pi mancing, so aku dan anak-anak masak sesama, makan dan lepak tonton Netflix je. 

Dalam pada tu, nak tanya juga korang, suplemen apa yang korang amik dan makan sekarang? Atau langsung tak amik makan? Jangan, at least belilah satu atau dua jenis suplemen dan makan untuk kasi antibodi kita lebih kuat, terutamanya VitC dan minyak ikan. Aku memang amalkannya semua suplemen tu, lagi pulak ada penyakit darah tinggi ni, so kena tingkatkan imun badan, supaya dapat lawan segala penyakit. 

So aku nak kongsi dengan korang, apa kebaikan jika korang makan minyak ikan tu. 

Apa Itu Minyak Ikan?

Apa itu minyak ikan?

Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri. Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu. Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.

Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam diet dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.

Khasiat memakan minyak ikan

1. Jantung dan darah
2. Buah pinggang
3. Otak

Selama bertahun-tahun, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan agar setiap individu memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.

Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, kelihatan mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya kematian jantung yang tiba-tiba.

So tu je aku nak kongsi gan korang, lepas ni, amalkanlah memakan minyak ikan ya korang. 


Sekian ❤

2 Comments

  1. hshahaha ako dah start makan jgk lps check 2 bln lps darah byk protein... tu yg doc suggest makan fish oil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha silalah amalkannya ya.. so far aku makan, tekak darah tinggi stabil je Retna..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.

Comment wisely, and do it with pure intentions.