Happy Birthday Retna

Happy Birthday Retna

HAI KORANG, Jun 19, 2023 meh ucapkan selamat hari jadi pada kawan aku, Retna ni haa. Yang mana Retna? Cubalah teka hehehe.. Dalam gambar ni semua geng MsjBox aka blogger otai lagi berbisa zaman 80-90an dulu okay.. dah tentu laa blogger sekarang tak kenal, sebab mereka ni dulu makan garam dalam dunia blogger. 

Dan mereka ni juga aku kenal rapat bermula dari blog. Tak sangka kan boleh sejauh ini perkenalan kita. Mana taknya, dari zaman anak sulung aku sekolah rendah weyyy sampai dah berkahwin dah, dah bercucu pun yaa anak aku hahahaa.. mereka tetap ada bersama. 

Now ada antara mereka seperti Carneyz, Shai, dan Sodep kini dan mula kembali aktif menulis blog. Mereka bukan nak kejar sangat menjana pendapatan tapi lebih kepada banyak cerita nak di kongsikan sebagai luahan rasa pada diri sendiri. Yaa menulis ni boleh di katakan healing juga okay.. dapat menulis satu kepuasan.. 

Buat Retna, selamat hari lahir yaaa. Aku doakan moga kau terus sihat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Nak doakan jodoh, biarlah Allah sahaja yang menentukan.. kalau dah jodoh memang tak kemana kan.. yang penting, kita terus berkawan selamanya. Terima kasih Ret untuk segalanya.. 


Sekian ❤ .. 

3 Comments

  1. tengkiu fren atas ucapan nyaaa!! Setiap tahun tak pernah lupa ... semoga persahabatan ini akan kekal sampai bebila kan... lap u la!!

    ReplyDelete
  2. Ya ampuuun saya baru tahu kak ret tgl 19 Juni ultahnyaa 😄🎉🎉. Gemini juga berarti lah yaaa. 😁. Kak ret, kak Carneyz, temen bloggers yg ramah sangat. Saya happy saat bisa ketemu mereka Bbrp bulan lalu.☺️

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.

Comment wisely, and do it with pure intentions.