Kenangan Manis Aku Mengerjakan Umrah

HAI KORANG, apa khabar semua, aku harap semuanya sihat-sihat aja ya. Maaflah agak lama memang tak menulis di sini, bukannya apa, sibuk dengan hal sendiri dan juga sibuk dan fokus dengan blog yang satu tu, so bila ada masa free barulah rasa nak update sini. 

Yang sedia maklum, alhamdulilah pada 3/3 hingga 13/3 baru ni, aku telah selamat mengerjakan Umrah aku. Syukurlah semuanya Allah permudahkan untuk aku pergi 'tanpa mahram' di sisi. Banyak kenangan manis semasa aku di sana yang takkan mudah aku lupakan, dan setiap hari aku berdoa agar Allah beri aku rezeki lagi untuk ke sana bersama Suami dan anak-anak pula, aamiinn..

Antara kenangan manis aku mengerjakan Umrah selain dapat berkenalan dengan kengkawan/jemaah baru, antara lainnya adalah : 

Kenangan Manis Aku Mengerjakan Umrah

Setiap solat fardhu dapat solat saf depan di Mesjid Al-Nabawi. Setiap hari kami bangun awal, dan pergi ke Mesjid setengah jam awal untuk duduk di barisan depan. Semua pintu Mesjid kami cuba masuk dan rasa suasana yang berbeza.. Alhamdulilah.. 

Kenangan Manis Aku Mengerjakan Umrah

Dapat masuk Raudhah walau pelbagai rintangan yang kami lalui. Bayangkan dari Mekah berpatah balik ke Madinah menaiki keretapi laju untuk kejarkan slot Raudhah, kemudian selesai aja, kami semua berpatah balik ke Mekah menaiki coaster. Penat tu hilang semuanya bila sampai di Mekah, aku mengerjakan Umrah kedua aku. Alhamdulilah.. 

Kenangan Manis Aku Mengerjakan Umrah

Dapat solat fardhu depan Kaabah walau bukan senang nak dapat saf depan. Hampir setiap hari melihat orang berebut nak masuk, tapi Allah tu sentiasa beri aku dan kengkawan aku semua ruang untuk duduk solat depan Kaabah di baris hadapan. Alhamdulilah.. 

Kenangan Manis Aku Mengerjakan Umrah

Dan yang paling indah terindah yang penuh dengan kerinduan adalah, saat pertama kali melihat Kaabah depan mata.. Hanya Allah sahaja tahu dan bagi mereka yang merasainya aje yang tahu bagaimana perasaannya.. subhanallah, allahuakbar.. 

Lain-lain kenangan akan aku semat jauh ke dalam hati dan jiwa yang tak akan aku lupakan.. terima kasih buat semua yang mendoakan. Aku doakan semoga korang semua akan di beri kesihatan, rezeki untuk sampai ke bumi Haramain ini.. 

Doa jangan putus dan percaya Allah itu maha mendengar setiap apa yang kita minta.. inshaallah.. 


Sekian ❤

2 Comments

  1. hoyeee... dah update!! Cerita la lagi kenangan di mengerjakan umrah.. hahaha esp yg naik "roller coaster" tu hahaha.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, sampai sekarang masih belum dapat nak menulis panjang lagi Ret.. terlalu rindu pun yaa.. sukar di gambarkan..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.

Comment wisely, and do it with pure intentions.