Happy Father's Day 2022


HAI KORANG, harini hari istimewa kan, biarpun hari-hari pun boleh makan kek, boleh makan di luar, boleh ucap kasih sayang, tapi harini agak berbeza. Mereka di raikan.. siapakah mereka? Yaa mereka adalah Bapa, Ayah, Baba, Papa dan sebagainya..

Harini merupakan Hari Bapa bagi seluaruh negara meraikan. Dan jika korang masih mempunyai Bapa, raikanlah mereka, bawa mereka keluar makan, berjalan-jalan, belikan hadiah dan apa sahaja laa perkara yang membuatkan Bapa korang gembira. 

Memang yaa hari-hari pun Hari Bapa, tapi korang ada ke belikan Bapa korang kek hari-hari haaaa????.. takde kan, so harini adalah sangat istimewa.. Macam aku, aku dah takde Bapa, so hanya titipan doa sahaja yang mampu aku ucapkan buat arwah Bapa aku. 

Hampir 30 tahun Bapa aku pergi meninggalkan aku semua.. namun, kenangan, budi dan jasa Bapaku takkan pernah aku lupakan sehingga akhir hayatku... dan kini, aku sambut Hari Bapa istimewa buat Laki aku yang menjadi Ayah kepada anak-anakku selama 30 tahun.. 

Selamat Hari Bapa sayangku... 


Sekian ❤

0 Comments