Sunyi Sepi Johor Premium Outlet

HAI KORANG, selamat pagi Jumaat buat semua, masih mood bercuti ke tu? Di rumah? Di kampung? atau di Langkawi ke? Hehehe.. takpelah, tak kisah walau di mana pun berada, yang penting. jaga SOP dan amalkan 3S okay. #KitaJagaKita dan yang utama Lindung Diri Lindung semua. 

Aku macam biasa ler, dah nama pun surirumah, so berada di rumah laa kann, sebab buat masa ni memang takde perancangan bercuti kemana pun, belum ada keberanian nak naik kapal terbang dan pergi jauh berjumpa dengan ramai orang, walaupun aku sekeluarga dah cukup dua dos. 

Cuma semalam aku pergi Johor Premium Outlet ni. Punya lama tak pergi, dan kebetulan anak aku balik, dia mengajak, Laki pergi mancing, so aku ON aje laa.. 

Sunyi Sepi Johor Premium Outlet

Sampai sana macam biasa, security check satu persatu MySejahtera semua orang, yang lengkap dua dos (fully vaccinated) aje yang boleh masuk, kali ni kawalan dia agak ketat, dan budak bawah 12tahun tak boleh masuk. Pastikan korang update dulu status MySejahtera korang yang terkini. 

Bila masuk aje dalam JPO ni, ermmm ya rabbi, sunyi sepi oii, macam negara di serang Zombie. JPO yang dulunya meriah dengan pelancung, now sunyi macam haperr.. kalau ada manusia pun hanya sorang dua tiga orang aje yang lalu depan mata. 

Sunyi Sepi Johor Premium Outlet

Aku dengan anak-anak sampai nak gelak pun seram, sebab takut mengaum gelakkan kami hahaha.. sebab takde orang, bayangkan lerr macam mana keadaan sunyi sepi tu. Jenguk dalam kedai pun sama, takde orang, ada pun tu lerr sorang dua tiga jer. 

Dari bawah sampai ke atas, memang sunyi ajeer.. kok ye pun, patutnya pasang le muzik ke kan, takde laa rasa sunyi sepi. Ni dah macam 'hello, hello' hahahaha.. punn takde yang jawab ... sedih juga lihat keadaannya. Ada certain kedai pun masih tutup atau memang dah tutup, tak tau la..

Sunyi Sepi Johor Premium Outlet

Kalau kedai makan, yang buka dan boleh Dine-In, Starbucks dan juga Chicken Rice Shop di tingkap atas. Dalam kedai pun kosong. Tapi aku tak sempat nak makan, baru nak masuk, staff dia kata dah close, hanya untuk 'takeaway' ajer..

So beli minuman aje la di Starbucks, pun hanya ada beberapa orang je dalam tu, hurmmm.. Tapi kan, seronok juga tau, belanja dan jalan-jalan takde orang macam ni, so kita rasa selamat, takde laa berlanggar bahu dan punggung dengan orang kan?.. 

Sunyi Sepi Johor Premium Outlet

Dan yang paling tak tahannya, semua kedai sale gila-gila sampai 70% hahahaha, ko ngase? Nak tengok aje ker hahahaha.. dalam pada kata taknak beli, akhirnya, berangkut kiri kanan lengan tu ekkk kekekeke.. takpelah, sesekali lepaskan 'nafsu' menyoping..

Jujurnya memang lama giler aku dan anak-anak tak soping. Nak kemana aja, Mall tak bukak, kedai-kedai tak bukak, so memang save budget sungguh sepanjang PKP haritu. Beli Shopee pun barang 'geli-geli' jer. Ni laa semalam baru dapat keluar, dan belanja laa lepas gian, tapi semuanya harga sale. 

Alhamdulilah, yang penting jaga SOP dan pastikan tempat kita pergi tu tak crowded dan mendatangkan masaalah. Tak dapat pi Langkawi takpe laa, next time kan ada, tak lari mana pun pulau tu kan.. 


Sekian ❤

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.

Comment wisely, and do it with pure intentions.