Resepi KimchiJjigae Paling Mudah Dan Sedap

HAI KORANG, siapa sini peminat makanan Korea? Kalau iyee, sudah semestinya korang juga suka makan menu Kimchi Jjigae ni, betul tak? Tapi ada juga certain orang, suka makan makanan Korea, tapi tak suka menu ni, pun ado hehehe.

Tapi aku sejak-sejak ni, mengile pulak menu Kimchi Jjigae ni weii, siap suruh anak masakkan kalau rasa tiber tekak nak makan. Nasib baik juga nak masaknya senang aje. So takde la bila suruh anak masakkan tu dia mengeluh. 

Resepi dan bahannya senang ajer, lagi banyak kimchi ko letak,lagi sedap oii, tapi paling aku suka, letak taugeh bebanyak hahaha.. perghh sekali hirup time panas nikmatnya. Korang nak cuba? Kalau nak cuba aku letak resepinya di bawah ni okay. 

Resepi Kimchi Jjigae

- 1 labu bawang besar (dipotong dadu/hiris)
- 1 ulas bawang putih
- 1 senduk kimchi
- Ayam/daging/fish ball (aku guna udang)
- Cendawan inoki
- Tofu lembut
- Serbuk cili/Cili flakes
- 1/3 Kiub ikan bilis
- Daun bawang/kucai (dipotong halus)
- Garam

Cara Memasaknya ; 

- Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan kimchi dan airnya ke dalam periuk. Dalam segenggam ataupun ikut suka masing-masing.
- Masukkan air sehingga 2/3 penuh periuk dan masukkan stok ikan bilis.
- Masukkan ayam, daging atau fish ball (aku guna udang). 
- Lepastu, boleh masukkan juga sayur (aku letak taugeh) dan cendawan inoki sebab nak habiskan stok. Masak hingga mendidih.
- Masukkan serbuk cili/cili flakes ikut pedas tekak korang, kalau suka pedas, letak le bebanyak.
- Masukkan garam dan perasa. Kalau rasa kurang manis boleh tambah gula.
- Last sekali masukkan tofu lembut yang dah dipotong.
- Tunggu sehingga mendidih dan masukkan telur di tengah-tengah, kacau dengan hati-hati supaya telur kuning dan tofu tak pecah.
- Tutup api dan tabur daun bawang/kucai sebagai hiasan. 
- Hidangkan panas-panas, boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas. 

Aigooo, jeongmal masisseo! Eh, tercakap Korea pulak hahahaha.. 
Selamat mencuba. 

Sekian ❤

2 Comments

  1. Hahahaha amboiii dia pun teringin jgk hehe.. Gi beli mangkuk tembikar tu, br puas kaw makan hahaha fefeling sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tu laaa, Yana cakap juga, nanti beli periuk batu tu hehehe..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.

Comment wisely, and do it with pure intentions.