Borong Pinggan Mangkuk Viral Di Madam King's Melaka

HAI KORANG, apa khabar semua? Moga korang semua sihat-selalu ya. Agak lama aku tak menulis di sini, bizi pun ye juga, mana dengan persiapan perkahwinan anak, then bizi dengan segala urusan keluarga, kemudian bizi pula spend time dengan kengkawan dan family. 

Dah nak penghujung tahun ni, kita luangkanlah masa untuk diri sendiri dan juga keluarga. Aku pun dah berapa bulan off dari segala event media. So bila dah banyak masa, aku luangkan laaa masa bersama dengan kengkawan keluar jalan-jalan sambil mencuci mata di Melaka. 

Lama dah teringin dan plan nak ke Melaka dan singgah ke Madam King's ni. Orang kata di sini adalah syurga membeli-belah segala kelengkapan perkakas dapur, so alhamdulilah akhirnya setelah last minit plan dengan Geng Bas Sekolah aku, dapat juga pergi ke Madam King's Melaka ni. 

Borong Pinggan Mangkuk Viral Di Madam King's Melaka

Sampai sini waaaa memang rambang biji mata oiii.. aku sampai tak tau dan blur tengok pinggan mangkuk depan mata. Harga jangan cakaplah, murah sangat berbanding dengan jual di luar. Pelbagai pilihan dan jenis ada. 

Kalau dah sampai rugilah kalau tak belikan, so aku belilah juga. Dalam pada beli sikit-sikit, ehhhh habis juga hampir rm300 oiii hahahaha..tapi belikan anak juga laa, maklumlah kan anak baru kahwin, so bolehlah belikan buat tambah koleksi rumah dia. 

Macam-macam ada, dari pinggan mangkuk, kuali, periuk, sudip senduk, pisau, bekas kedap udara, cadar, alas meja dan kaki, kelengkapan mandi, handbag dan apa je laaaa, semua ada dalam Madam King's ni. Singgah sini je seharian pun dah cukup puas. 

Borong Pinggan Mangkuk Viral Di Madam King's Melaka

Memang puashati borong pinggan mangkuk viral di Madam King's Melaka ni .

Lepas menyoping singgah pekena Cendol Kampung Hulu, then jalan-jalan dalam Dataran Pahlawan, kemudian singgah makan Asam Pedas Lauk Kampung pulak, kemudian barulah kami gerak balik Johor. Alhamdulilah, Allah permudahkan semuanya. So korang bila lagi nak singgah?... 

Madam King’s Melaka 
No 126 & 128, Jalan Bunga Raya, 
75200 Malacca City, Malacca, Malaysia 
Buka dari jam 10am - 9.30pm 


Sekian ❤

0 Comments