BATA Tetap Menjadi Pilihan Utama

HAI KORANG, salam Jumaat buat semua, selamat menunaikan solat Jumaat kepada semua kaum adam, juga buat Laki aku dan anak bujang aku. Harapnya dapatlah anak bujang aku selit masuk Mesjid harini. Biasa sampai awal pun dah full, pelik tak? huhuhu.. 

Korang dulu masa kecil-kecil tahun 90an, pakai tak kasut jenama Bata? Kalau aku memang kasut sekolah semua pakai jenama Bata ni haa.. tahan lasak dan juga harga mampu beli. Sampaikan dulu kalau beli kasut raya pun, arwah bapak aku belikan kasut Bata je. 

Walaupun pilihan kasut dan selipar jenama Bata ni tidak banyak pilihan, tapi macam mana pun, kalau beli selipar, Bata tetap menjadi pilihan utama aku. Selesa nombor satu, lagi satu suka design dia yang memang di patenkan untuk jenis kaki 'kembang' macam kaki aku. 

So bila pakai tu, molek je terletak di kaki dan keselesaan ketika memakai pun rasa selesa sangat, tapak kaki tak sakit jika berdiri atau berjalan lama, tu yang buat aku suka. Kebetulan memang lama gilerr tak mengantikan selipar yang sedia ada, so belilah jenama Bata, alah membeli memang memakai. 

Bukan takde beli selipar, tapi biasa beli di Shopee, korang faham-faham aje laa kan, murah harga so pakainya memanglah tak berapa selesa, takat pakai gitu-gitu bolehlah.. Yang ni beli sepasang RM60, puashati, lembut dan sangat selesa, alhamdulilah .. 

Pilihan korang pula macam mana?.. 


Sekian ❤

0 Comments