Salam Maulidur Rasul

HAI KORANG, korang dah berselawat? Sebenarnya bukan sahaja apabila kita menyambut Maulidur Rasul ni barulah kita nak berselawat, tapi bila-bila masa juga kita di sunatkan berselawat ke-atas junjungan Nabi Muhammamd saw. Time masak pun boleh berselawat.

Sebagai pemahaman kita, 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Di Malaysia, setiap 12 Rabiulawal yang juga dikenali sebagai Maulidur Rasul merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.

Yang sedang bercuti panjang tu, haaa jangan tak ingat nak balik pulak, kalau jalanraya dah sesak, jangan marah-marah, time ni laa kita banyakkan bersabar dan berselawat. Ajak anak bini dalam kereta tu sama-sama berselawat. Taklah bosan hadap jem kan. 

Tema tahun ini adalah "Ummah Rabbani, Negara Harmoni", memang sesuai sangatlah kan dengan keadaan kita sekarang ni. Kita doakan agar wabak pandemik covid19 yang melanda negara ini akan segera berakhir ya. 

Sabda nabi;

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak). (An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih)


Salam Maulidur Rasul 2021M/1443H buat seluruh Umat Islam di Malaysia.


Sekian ❤

0 Comments