Jalan-Jalan
Itik Salai Masthar Memang Sedap
HAI KORANG, pernah ke korang singgah makan di kedai makan Itik Salai Masthar ni? Lokasi kedainya sebelah kiri dari Tanjung Karang ke Kuala Selangor. Kalau tak pernah singgah, korang boleh waze jer Itik Salai Masthar Kuala Selangor, mesti sampai punya.
Kebetulan masa balik kampung hujung minggu lepas ni, memang tak plan nak singgah makan sini, sebab memasing konon nak makan Ikan Bakar Tepian tu haa.. tapi sebab semua dah kelaparan, terus je Laki kata singgah je laa makan di sini.
Orang yang datang jangan cakap, memang ramai aje makan sini, masa aku datang tu pun, agak penuh tapi lauk-pauk still banyak lagi, aku rasa mereka topup sentiasa agaknya. Dan menunya pulak mereka kira harga 'semangkuk'. Korang cakap nak lauk apa, nanti mereka akan ceduk semangkuk macam aku punya tu.
Memang rugi kalau korang sampai sini tak cuba masakan Itik Salai masak lomak mereka, kesedapan dia, boleh bikin tambah semangkuk lagi okay. Tapi sebab Laki aku dan anak sedaranya dah amik lauk lain juga, so takpela, kita rasa-rasa juga menu lain.
Ikan Keli Salai pun sedap, Rendang Itik Salai pun sedap, boleh di katakan semua sedaplah. Dan rezeki aku hari Jumaat tu, siapa makan di situ, minuman di beri percuma, boleh refill dan ada berjenis minuman, alhamdulilah, murah rezekinya.
Nak singgah, ni alamatnya okay.
Itik Salai Masthar
Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan,
Kampung Sungai Gulang Gulang,
45500 Tanjong Karang, Selangor
Di buka setiap hari dari jam 9am hingga 3pm
Selasa TUTUP.
Sekian ❤
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.