Family
Dine-In Pertama Dengan Anak Bujang
HAI KORANG, ini kisah semalam setelah sekian lama tak dine-in, akhirnya semalam selepas hantar kereta aku servis, dan kebetulan anak bujang aku teman, so aku bawak dia dine-in sempena MySejahtera dia dah fully vaccinated hehehe..
Mulanya anak bujang aku tu menolak, takut katanya, ye laa dialah paling lama berbulan dan berminggu-minggu tak keluar rumah berbanding aku, ayahnya dan juga kakak-kakaknya, so memang dia tak berani lagi nak kemana dan dine-in.
Tapi aku kata kat dia, kita tak payah pi Mall, kita cari cafe yang tidak ramai orang aje. So akhirnya dia kata OK. Dan lastnya kami pergi ke SDS Bakery & Cafe di Johor Jaya sana. Alhamdulilah memang kosong takde orang, kalau ada pun adalah dua tiga orang yang tengah dine-in.
Macam biasa laa, sebelum masuk staff mereka akan minta tengok MYSejahtera korang sebelum korang check-in, hanya 2 Dos lengkap aje yang di benarkan dine-in, jika belum lengkap, korang hanya boleh take-away aja.
Macam tak sangka juga, Cafe yang dulunya meriah dengan dekorasi kedai dan penuh dengan orang, kini rasa sepi, sunyi dan rasa kosong sangat. Tak tau laa kenapa. Rasa kekok dan janggal pulak bila duduk makan di situ hehehe..
Tapi yang bestnya, waa buku menu dia dah bertukar, dan menu-menunya semakin upgrade, banyak pilihan.. rasa macam lamanya tak ke sini..
Selain dari menu utama Mee Goreng Mamak yang aku makan, kami cubalah menu terbaru mereka yang ala korean ni ha.. apalah namanya ek, tapi yang aku ingat dia ala-ala Kimchi Ramen Soup gitu.. dan rasanya wowww wuperb wooo..
Korang boleh cuba ni.. portion dia ni untuk 2 orang sebenonya, tapi kami ada amik menu lain gak makan sorang satu, akhirnya licin gak kami makan, maklumlah tengahari memang time lapo hahaha..
Kalau korang nak cuba pergilah, cafenya selesa dan harganya berpatutan.
SDS Bakery & Cafe
100, 102, Jalan Dedap 4,
Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Sekian ❤
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.