HAI KORANG, sedikit perkongsian aku nak kongsi dengan korang semua. Buat diri aku dan juga buat mereka yang sedang berdepan dengan ujian dunia. Semoga kita diberikan hidayah dan Allah bukakan jalan mudah untuk kita istiqomah. 

Labuhnya tudung bukan petanda kau umpama bidadari dunia.
Singkatnya tudung pula bukan petanda kau tu jahat sampai masuk api neraka.
Berstokin kaki bukan petanda kau solehah.
Tidak berstokin pula bukan petanda kau seburuk-buruk muslimah.
Berhandsock warna bagai bukan petanda kau muslimah sejati.
Tidak berhandsock pula bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati.

Kau mencari.
Aku mencari.
Semua mencari.

Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yang cantik mengurai tapi menjaga gerak geri.
Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yang lasak berjalan tapi melindungi.
Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yang sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri.

Tegur. Bukan cakap 'masing-masing punya kubur' 
Nasihat. Bukan mengumpat, untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah.

Yang sudah bertudung labuh, berstokin dan berhandsock. Teruskan istiqamahmu.
Muhasabah diri untuk memperbaiki diri terus tetap istiqamah sampai Jannah. Aamiin 

Yang masih belum benar-benar berubah.
Marilah berhijrah kerana sesungguhnya sudah tidak banyak masa.
Jangan menunggu-nunggu kerana maut tak tentu waktu.

Sebelum terlambat.
Mari bertaubat.
Engkau wanita.
Engkau sangat mulia.

Semoga kau boleh menjadi bidadari yang tidak memandang dan tidak dipandang.
Dirimu sangatlah berharga seandainya kau menghargai keistimewaan dirimu.
Hidayah milik Allah SWT, moga Allah redha. Aamiin 
Dan hidayah itu bukan ditunggu tapi dijemput.

Sama-sama kita istiqomah dalam berbuat amal... inshaallah 


Sekian ❤

0 Comments