Bila Blogger Bertemu Blogger

HAI KORANG, korang kenal itu blogger dalam itu gambar? Kalau tak kenal, tak jadi masaalah pun, kalau nak kenal, dah terlambat, semua dah berkahwin hahaha.. guwauu jerr.. kalau korang kenal yang mana satu aku tu okaylah, kira korang ni pengikut setia blog aku laa kan, tapi yang lagi dua tu korang kenal ke? Hehehehe..

Sorang tu blogger Cik Lily Putih, bukan nama sebenar, dia ni blogger merangkap acik KOL di Kuala Lumpur, tapi rajin ke Johor, maklumlah tapak kaki dia ada di Johor, badan je di Kuala Lumpur hahahaha. Yang sorang lagi tu blogger Sunah Sakura, ohh this is my bestie makan dan hotelmate hahaha..mana ada aku, di situ ada Sunah. 

Yang mana satu Cik Lily Putih, yang mana satu Sunah? Pi ler tejah blog mereka okay. 

Pepandai laa korang cari dan teka sendiri. Aku saje nak up gambar ni sebab aku suka gambar ni., kami nampak sangat keriangan dan kekenyangan lepas makan sewaktu media preview CNY di Pulai Springs Resort baru-baru ni. Kebetulan Cik Lily Putih ada di Johor, so aku invite dia datang sekali. 

Walau bukan selalu aku dan Sunah jumpa Cik Lily Putih ni, tapi dia memang sangat humble, sporting dan very 'riuh' punya orang, korang kalau duduk sebelah dia, memang tak bosan, ada je lawak dia dan aksi lucu dia laki bini yaa.. mula aku segan gak, lama-lama ehhh sekepala pulak, so memang masuk angin ler kami hahaha.. 

Cik Lily ni ada geng #peponds dia, korang jangan memain, jangan salah tegur, kang ada masuk perigi buta.. nak rasa sila cuba hahaha.. ada rezeki kita jumpa lagi yaa.. 

Sekian ❤

0 Comments