Selamat Pengantin Baru Kakak

Selamat Pengantin Baru Kakak

HAI KORANG, diam tak diam ini posting pertama aku tahun 2023 dalam blog akusislin ni rupanya hahaha.. punya lama aku tinggalkan. Tapi takpe, blog ni pun sekadar untuk personal blog lepaskan rasa, dan luahan yang takde kaitan dengan kerja media aku, so bebila ada masa jer aku update. 

Dan tahun 2023 ini juga aku di kurniakan seorang cucu pada 9 Januari, dan pada 9 June pula, aku di kurniakan seorang lagi menantu lelaki, alhamdulilah. Tak sangka selama bersangka baik pada Allah, Dia maha mendengar dan maha mengetahui, Dia beri aku segala kebahagiaan yang tak ku sangka-sangka. Begitu cepat aku dapat cucu dan juga menantu. 

Maka dengan itu, selesailah tanggungjawab seorang Ayah dan juga Ibu kepada dua anak perempuan aku, kini tinggallah anak bujang sorang tu yang bongsu. Tu pun macam tak lama lagi, tapi katanya nak kumpul duit dulu, baguslah jika fikir begitu anakku. 

Alhamdulilah.. Allah permudahkan semuanya dari majlis Nikah pagi Jumaat 9/6, sebelah malamnya majlis berinai  di rumah dan esoknya Sabtu malam 10/6 majlis bersanding di Orchid Ballroom Thistle Johor Bahru. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan anak aku dan juga turut sama meraikan kedua mempelai sepanjang majlis perkahwinan anak aku. 

Dengan kerjasama team ; 
Decoration by @whitebox.d
Op/Ov @thelia.picture
Emcee by @emcee_azim 
Cordinator by @rimbunanevents
Cordinator Thistle by Sitie Zahid
Violinist by @irfan.marzuqi_
PA system by @balconiy 
Makeup Nikah & berinai by @makeupbynuraaisml
Makeup dinner by @emy_woo  
Attire dinner by @farrarahim_atelier
Vanue at @thistlejohorbahru
Cake by @zakeaya 
Catering malam berinai by Suelly Bridal
Hantaran by @feels.marriage

Sekian ❤

0 Comments