Selamat Tahun Baru Cina  2022

HAI KORANG, amacam boleh tidur ke malam tadi? Hehehehe.. mesti meriah kan tempat korang dengan letupan mercun dan bunga api, sama dengan tempat aku, cukup meriah, tidur main tutup mata jer, tau-tau terlelap. Maklumlah dah dua tahun tak meraikan Tahun Baru Cina, ini tahun kita kasi jadi punya.. 

Tahun Baru Cina adalah perayaan tahunan yang menandakan permulaan tahun baru mengikut kalendar lunisolar Cina. Tahun Baru Cina selalu jatuh pada bulan Januari atau Februari, dan setiap tahun Tahun baru Cina diwakili oleh 1 daripada 12 makhluk Zodiak Cina. 

Dan tahun ini adalah tahun Harimau. Harimau adalah yang ketiga dari semua haiwan zodiak. Menurut mitos, Kaisar Jade mengatakan bahawa perintah itu akan ditentukan oleh urutan di mana mereka akan tiba di hari raya.

Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 dilihat sinonim dengan kepercayaan kaum itu dalam membawa pembaharuan serta nasib baik kepada seseorang. Karakter harimau yang bertenaga dan berani dipercayai dapat beri kekuatan dan semangat kepada manusia untuk mengharungi COVID-19 yang belum reda.

Aku Sis Lin, ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua kengkawan dan saudara-mara yang berbangsa Cina, moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keadaan sejahtera. Gong Xi Fa Cai !

 新年快乐,万事如意 
xīn nián kuài lè, wàn shì rú yì 
Happy New Year and may all go well with you.


Sekian ❤

0 Comments