Friends
Selamat Hari Raya Korang!
Hi Korang, selamat hari raya aidilfitri buat semua. Diam tak diam, Isnin ni kita dah sampai ke penghujung Syawal. Maka berakhirnya hari raya bagi tahun 2022. Korang masih beraya lagi ke? Mesti meriah kan, tambah pulak kalau berada di Johor, raya memang orang kata, tak sah lerr kalau tak terlajak raya hehehe..
Aku pun sama juga, masih beraya gak ni. Memang sakan beraya laaa tahun ni dengan kengkawan. Tambah plak kawan aku Geng Bas Sekolah yang di Mekah tu pulang ke Malaysia sambut Ramadan hingga ke Syawal. Dan harini kawan aku telah pun berangkat terbang ke Mekah jam 5.45pm tadi. Moga perjalanan mereka dalam peliharaan Allah swt.
Tak kurang meriah juga, tahun ni aku beraya sama dengan Ex-Geng Setaman aka jiran lama aku dulu sewaktu aku stay di Bukit Indah. Memang meriah dan happening kalau beraya dengan mereka. Ikutkan pagi tadi pun aku beraya dengan mereka, tapi keadaan kesihatan Suami aku merunsingkan kepala aku, so aku tak pergi.
Alhamdulilah laaa, tahun ni memang meriah beraya, so kita amiklah peluang yang ada ni untuk raikan Syawal. Tapi jangan lupa SOP. Jangan leka dan jangan amik remeh. Covid19 tu masih ada ya kengkawan. Stay safe dan #KitaJagaKita ..
Apa-apa pun, selamat hari raya, Maaf zahir batin buat korang semua. Moga kawan aku Retna juga segera sihat dan sembuh dari Covid19.. aamiinn..
Sekian ❤
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.